Pages

Followers

Saturday 31 March 2012

Definisi Teknologi Maklumat

Definisi teknologi maklumatThis is a featured page

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologiyang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Informasi teknologi dari konsep kecil menurut sistem maklumat oleh Turban,McLean & Wetherbe (1996) terdiri daripada perkakasan, perisian pengkalan data,rangkaian perisian dan peralatan lain serta kemahiran. Definisi informasi teknologi yang lebih insentif oleh Daniels (1994) adalah terhad kepada perkakasan dan perisian computer sahaja. Sebenarnya ia juga berkaitan dengan bentuk fizikal elektronik informasi teknologi iaitu elektronik,digital,telekomunikasi, mesin cetak,alat pemprosesan dan skrin.
Definisi informasi teknologi boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,penyebaran,pemproseasan dan penyimpanan maklumat berperantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya informasi teknologi tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,telefon mudah alih,fax,telegram ,pda,MSC,dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua,adalah unutk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. Contoh penggunaan alat elektronik LCD skrin untuk menyampaikan kuliah.
Percetakan, telefon dan televisyen memainkan peranan penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat.
Namun,bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah, kebanyakkan negara mempunyai peraturan undang-undang yang megawal percetakkan dan kandungan televisyen. Di Malaysia contohnya,sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat.
Penggunaan teknologi yang canggih pada masa kini membolehkan penerima mendapatkan maklumat dari pelbagai laman web untuk mendapatkan pengetahuan, hiburan dan berita daripada seluruh dunia. Ini adalah kerana teknologi maklumat banyak memberi kebaikkan kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com